Maklumat Syarikat

Kenshido International Sdn Bhd
Wisma Kenshido, No 1-1, 1-2, 1-3,
Jalan PJU 5/6, Dataran Sunway PJU 5,
47810 Kota Damansara, Petaling Jaya,
Selangor
Tel : 603-6141 8286
Fax : 603-6141 8126 / 8136
www.kenshido.com/www.scorea.com
Email : enquiries@kenshido.com
Mengenai Kenshido
Kenshido International merupakan sebuah syarikat tempatan yang menerajui Webucation pada tahun 1999. Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh En. Jason Kok (presiden dan group CEO). Setelah 10 tahun ditubuhkan, Kenshido telah berjaya membantu beribu pelajar Skor A dalam peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR dan SPM. Hari ini Score A i-Teacher™ telah menjadi buah mulut setiap keluarga.
Sejarah Penubuhan Program Score A i-Teacher™- Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn Bhd) pada tahun 1999.
- Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.
- R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.
- Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji keberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan program Score A™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.
- Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.
- Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, program Score A™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.
- Pada Januari 2010, Kenshido International Sdn Bhd telah melangkah lebih jauh ke depan meninggalkan pesaingnya, bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia dan mempelopori program inovasi pembelajaran, i-Teacher™ yang dilancarkan oleh TYT Gabenor Pulau Pinang - Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas. Ia adalah program input learning yang ditunggu-tunggu selama ini. Program i-Teacher™ telah memenangi tempat kedua dalam pameran berprestij ITEX (International Technology Exhibition) pada tahun 2008 dalam persaingan di kalangan institusi-institusi pengajian tinggi.
Pihak Pengurusan
Ahli Lembaga Pengarah
En. Jason Kok Min Chong
Presiden dan Group CEO
Presiden dan Group CEO
Jason Kok telah diakui sebagai “Top Networker” dan “Walking Testimony” antara networker terunggul dalam industri MLM. Sebagai juruaudit bertauliah, kerjaya beliau bermula dengan Pejabat Ketua Audit Negara dan ditugaskan di Jabatan Hasil Dalam Negeri berhenti dalam tahun 1986. Beliau menyertai sebuah merchant bank selama 3 tahun sebelum meninggalkan sektor koperat dan melibatkan diri sepenuh masa dalam industri MLM hingga kini.
Selama 25 tahun berkecimpung dalam MLM, beliau bukan sahaja bertanggungjawab mepelopori perkembangan dan halatuju syarikat, malahan kepakaran beliau terbukti sebagai MENTOR kepada Kenshido International.
Kepakaran:

En Jason Kok sebagai “living example” yang paling mengutamakan pengamalan kejujuran dan keikhlasan dua hala antara syarikat dengan networker.
- Pengurusan kewangan
- Pembina impian
- Perhubungan Networker
- Latihan sistem
- Sokongan sistem
Mr Mustafa bin AB Rahman
Membina kerjaya di Kenshido sejak ditubuhkan pada tahun 1997. Bermula sebagai penasihat dan pada 2001 sebagai pengarah di syarikat tersebut. Beliau mempunyai dua Sarjana iaitu daripada Institute of Asian Management dan University of Manchester, England.
Kerjayanya bermula sebagai pegawai tentera selepas tamat dari Royal Military College, Sungai Besi. Pada tahun 1975, beliau menjadi ketua sebuah batalion tentera dan telah kehilangan kaki kirinya kerana terpijak Bobby Trap semasa bertugas.
Sejak dari itu, beliau berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan telah menjadi pengarah kepada beberapa buah syarikat terutamanya dalam industri kereta dan projek pembangunan. Beliau pernah menjadi pemilik pemegang francais Alfa Romeo untuk rantau Asia dan pemilik syarikat pembinaan yang telah membangunkan banyak projek perumahan di seluruh negara terutamanya di Johor dan Petaling Jaya.
Raja Ismail Dato Raja Mohamed (KMN,SSA)
En.Raja Ismail mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang perniagaan. Beliau pernah menjadi pegawai di beberapa Jabatan Kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pertahanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, jabatan perdana menteri dan banyak lagi. Sebagai pegawai kerajaan yang komited, beliau adalah salah seorang ahli delegasi Malaysia and telah mewakili negara dalam beberapa mesyuarat di seluruh dunia.
Lulusan dari Universiti Sains Malaysia dengan Sarjanamuda seni (hons). Beliau pernah menghadiri berbagai-bagai kursus di seluruh dunia iaitu :-
- Management course in France
- A Strategic Thinking course in a state at Pittsburgh University of Pennsylvania
- Course for Trade & Commercial Official in London
- Strategic Management Course, Oxford University United Kingdom
Pengiktirafan
AJL License (AJL 931448)
issued by
Ministry of Domestic Trade and Consumer Affair
(Dari 12 November 2008 hingga 11 November 2011)
Sijil Pengesahan dan Kepatuhan Syariah dikeluarkan pada 7 Februari 2010 bersamaan 22 Safar 1431 oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Yang Pertama di Malaysia yang mendapat Sijil Syariah-Compliant dari segi Produk & Pelan Pemasaran!)
**************
Semua petikan ini diambil dari laman web http://www.kenshido.com/
Untuk maklumat lanjut sila mengenai kenshido Internation Sdn Bhd, sila layari http://www.kenshido.com/
Untuk maklumat lanjut mengenai Portal Program Score A-iteacher™, sila layari http://www.scorea.com/
Untuk online demo Program Score A-iteacher™

Masukkan Demo ID : 82828
Subscribe to:
Posts (Atom)