Assalamualaikum!!
Hmm... dah lama tak meng'update blog. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua istilah baru buat anak-anak kita yang hidup di zaman teknologi tinggi ini. SCREENagers. Apa itu?? Siapakah mereka??
Screenagers : Screen + Teenagers
Screenagers
A term that combines two words to describe "teenagers who are online" and who are "always looking at the screen."Also defined as: "wired teens or the much sought after marketing demographic of 18-24 year olds who grew up in front of a TV/computer screen."
GENERASI INTERNET
Mengikut ensaiklopedia maya, Wikipedia - mereka yang dilahirkan selepas 1990 dikenali sebagai DIGITAL NATIVE (SUKU DIGITAL) – iaitu generasi yang terdedah sepenuhnya kepada teknologi komunikasi, web, mesej segera serta pelbagai alat canggih telefon. Penggunaan You Tube, facebook, muat turun pelbagai program menerusi internet adalah amalan kebiasaan generasi berkenaan.
Jika kita perhatikan, anak-anak dan pelajar zaman sekarang berada dalam era “SCREEN AGERS”. Mereka amat gemar melakukan aktiviti yang melibatkan screen seperti komputer, laptop, bermain video game di play station, ipod, ipad, dan sebagainya. Selain itu mereka amat gemar menghabiskan masa melayari internet.
Bagi "digital natives" dan "screenagers" ini, apabila celik ke dunia sahaja, mereka sudah dikelilingi pelbagai peralatan digital. Anak-anak kita sejak dari kecil lagi sudah mahir mengendalikan dan mempunyai "gadget-gadget" yang canggih seperti handphone, video camera, komputer, laptop, ipad, ipod dan sebagainya.
Terdapat beberapa istilah bagi generasi internet ini, Digital Natives, Digital Immigrants dan Digital Dinasaur.
Digital Natives : Ia merujuk kepada generasi zaman ini yang dilahirkan ke dunia yang serba digital.
Digital Immigrants : Generasi yang dilahirkan sebelum wujudnya teknologi digital dan mahir memanfaatkan teknologi digital. Digital Immigrants ialah individu yang lahir sekitar tahun 1970-an.
Digital Dinosaur : Golongan dewasa yang surrender kepada teknologi digital dikatakan sebagai "digital dinasour"
Hmmmm..macam-macam
Bagaimana pula dari segi pendidikan,
Fakta: Pada tahun 2008 di Amerika, 1/4 pelajar lepasan sekolah menengah meneruskan pengajian peringkat diploma/ijazah secara online. Pada tahun 2009, trend ini meningkat ke 44%. Bagaimana pula dengan negara kita?
Sekiranya pengajian universiti sudah mula di"oninekan, slowly but surely, pengajian di sekolah juga akan menuju destinasi yang sama.
Apa implikasinya, kita suka atau tidak dunia digital telah datang dan sedang melanda serta akan terus melanda masyarakat kita. Apakah anda bersedia ? Atas sebab itulah wujudnya pembelajaran secara "e" menggunakan screen untuk native digital masakini.
Adakah anda dan anak anda bersedia???
Apa implikasinya, kita suka atau tidak dunia digital telah datang dan sedang melanda serta akan terus melanda masyarakat kita. Apakah anda bersedia ? Atas sebab itulah wujudnya pembelajaran secara "e" menggunakan screen untuk native digital masakini.
Adakah anda dan anak anda bersedia???
No comments:
Post a Comment