Monday, May 9, 2011

Pendidikan itu satu PERBELANJAAN atau PENDAPATAN

Sekali sekala mari kita bincang mengenai bisnes pula. Apa pendapat anda mengenai tajuk post saya hari ini? Adakah pendidikan yang anda berikan pada anak anda itu hanya sekadar satu perbelanjaan atau boleh dijadikan PENDAPATAN yang lumayan dan dapat meningkatkan taraf ekonomi yang semakin hari semakin meningkat ini. FIKIR lah sejenak? Tentu ramai yang berkata pendidikan adalah satu perbelanjaan atau pelaburan yang anda yakin tidak mengharapkan pulangan.

Memang diakui kita terpaksa mengeluarkan wang untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada anak kita. Tetapi hari ini saya akan kongsi rahsia kepada anda semua bagaimana PENDIDIKAN boleh dijadikan PENDAPATAN.

Dengan Program Score A i-Teacher, "Anak Score A, Ibubapa Score RM"


Webucation is the Sunrise Business. Apa yang dimaksudkan Sunrise Business tu? Ia bermaksud perniagaan yang baru muncul dan masih diperingkat awal untuk berkembang dan berpotensi untuk meletup sebagai perniagaan utama di masa akan datang. Jadi beruntunglah pada sesiapa yang menyertai perniagaan ini di peringkat awal seperti sekarang kerana bilangan mereka yang terlibat masih sedikit dan berpotensi untuk berkembang lagi.

Seorang peramal Ekonomi Dunia iaitu Peter Druker, pernah meramalkan bahawa Jepun akan bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia selepas perang dunia ke-2. Ramalan beliau ternyata benar. Dalam tahun 1990 pula, di dalam majalah Forbes beliau meramalkan bahawa WEBUCATION (WEB + Education) adalah perniagaan yang bakal meletop pada tahun 2010. Nampaknya apa yang beliau ramalkan berlaku lebih awal iaitu seawal 2003.





 Strategi Balik Modal dan Anak Guna Free

Perkenalkan Program Score A i-Teacher ini kepada 4 orang secara Ikhlas sekali seumur hidup

Anda lakukan langkah 1 dan langkah 2

DUPLIKASI!!!

IKUT SISTEM!!!

InsyaAllah anda mampu mendapatkan RM 30,000 dalam masa 3 bulan

Yang penting USAHA dan TAWAKAL kepada Allah!!

Nak tau lebih lanjut?? Hubungilah saya..



"Kata Hikmat Prof. Dr. Hamka, "Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba...datang tidak menentu masa... datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.

Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.

Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu"

Saturday, May 7, 2011

Revolusi Dunia Pendidikan

Era pendidikan semakin berubah. Pelajar-pelajar pula semakin bersaing sengit antara satu sama lain. Dunia ICT semakin berkembang tidak ketinggalan juga dalam dunia pendidikan. Adakah anda sedar atau ambil kisah dengan apa yang saya nyatakan. Inilah Revolusi dalam Dunia Pendidikan. Pembelajaran secara tradisional dianggap satu perkara yang membosankan. Teknologi berubah dengan cepat, setiap hari ada sahaja teknologi atau gadget baru berteknologi tinggi wujud di pasaran :- contohnya handphone. Anak-anak atau pelajar lebih tertarik menggunakan peralatan yang berteknologi tinggi ini.



Jika anak anda diberi pilihan antara :-


   atau


Yang mana satukah pilihan anak anda??




Netbook dan laptop menjadi trend terkini malah netbook sudah menjadi alat pembelajaran di sekolah-sekolah.

Banyak sekolah-sekolah telah mula menggunakan netbook iaitu sekolah-sekolah di Terengganu dan Pahang . Lihat sahaja kesannya. Negeri Terengganu menjadi negeri yang mempunyai pelajar yang paling cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR.



KUANTAN, 26 Nov - Sebanyak 17,927 unit komputer riba telah diagihkan kepada pelajar bagi fasa pertama pemberian komputer riba 1Malaysia di Pahang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (foto), pemberian komputer riba yang merupakan insiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia itu melibatkan pelajar di 100 buah sekolah di Pahang. "Ini bertujuan untuk mencapai sasaran penembusan jalur lebar 50 peratus pada penghujung tahun 2010 selain merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar," katanya ketika menjawab soalan Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) mengenai pemberian komputer riba berkenaan di Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, di Kuantan, hari ini. Beliau berkata bagi memastikan keberkesanan penggunaan komputer riba 1Malaysia itu, setiap penerima diwajibkan menjadi anggota Pusat jalur lebar komuniti yang berdekatan kawasan mereka. Menjawab soalan tambahan Md Sohaimi ketelusan pemberian komputer riba berkenaan, beliau berkata pihak sekolah terbabit mempunyai kriteria tertentu dalam memastikan pelajar yang benar-benar layak sahaja menerima komputer.


Era Buku sudah berlalu
  • E-Book sedang mendominasi market antarabangsa (Malaysia juga akan merasainya dlm masa terdekat).
  • Internet - sumber pengetahuan utama yang menjadi perpustakaan terbesar.
  • Trend Webucation telah tiba
  • Pengetahuan hanya di hujung jari




Dunia pembelajaran sudah berubah
  • Adakah anak anda sudah bersedia?
  • Sistem ICT akan mendominasi sistem persekolahan
  • Trend sekarang adalah e-learning

Anak/Pelajar perlukan e-Learning (Score A i-Teacher™)
  • Era satu anak satu komputer telah tiba
  • Pelajar melakukan projek sekolah menggunakan komputer
  • Komputer - Peralatan penting pada masa kini.




Adakah anda akui anak,adik atau pelajar anda adalah Generasi Digital yang sedang melalui era ICT yang semakin berkembang? Adakah anda risaukan prestasi pelajaran mereka yang semakin hari semakin sengit di dalam dunia ICT yang semakin mencabar?

Jadi, saya dedahkan kaedah belajar masa kini atau kaedah moden melalui "WEBUCATION". Satu kaedah yang menggabungkan komputer dan internet (Kegilaan anak-anak / pelajar masa kini).

Program SCORE A i-Teacher


Bantulah anak anda meningkatkan prestasi pelajaran mereka dengan lebih mudah dan berkesan. InsyaAllah!!



Friday, May 6, 2011

SCREENagers

Assalamualaikum!!

Hmm... dah lama tak meng'update blog. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua istilah baru buat anak-anak kita yang hidup di zaman teknologi tinggi  ini. SCREENagers. Apa itu?? Siapakah mereka??



Screenagers : Screen + Teenagers

NetLingo The Internet Dictionary

Screenagers

A term that combines two words to describe "teenagers who are online" and who are "always looking at the screen."
Also defined as: "wired teens or the much sought after marketing demographic of 18-24 year olds who grew up in front of a TV/computer screen."





GENERASI INTERNET

Mengikut ensaiklopedia maya, Wikipedia - mereka yang dilahirkan selepas 1990 dikenali sebagai DIGITAL NATIVE (SUKU DIGITAL) – iaitu generasi yang terdedah sepenuhnya kepada teknologi komunikasi, web, mesej segera serta pelbagai alat canggih telefon. Penggunaan You Tube, facebook, muat turun pelbagai program menerusi internet adalah amalan kebiasaan generasi berkenaan.

 

Jika kita perhatikan, anak-anak dan pelajar zaman sekarang berada dalam era “SCREEN AGERS”. Mereka amat gemar melakukan aktiviti yang melibatkan screen seperti komputer, laptop, bermain video game di play station, ipod, ipad, dan sebagainya. Selain itu mereka amat gemar menghabiskan masa melayari internet.

Bagi "digital natives" dan "screenagers" ini, apabila celik ke dunia sahaja, mereka sudah dikelilingi pelbagai peralatan digital. Anak-anak kita sejak dari kecil lagi sudah mahir mengendalikan dan mempunyai "gadget-gadget" yang canggih seperti handphone, video camera, komputer, laptop, ipad, ipod dan sebagainya. 

Terdapat beberapa istilah bagi generasi internet ini, Digital Natives, Digital Immigrants dan Digital Dinasaur.

Digital Natives : Ia merujuk kepada generasi zaman ini yang dilahirkan ke dunia yang serba digital.



Digital Immigrants : Generasi yang dilahirkan sebelum wujudnya teknologi digital dan mahir memanfaatkan teknologi digital. Digital Immigrants ialah individu yang lahir sekitar tahun 1970-an.



Digital Dinosaur : Golongan dewasa yang surrender kepada teknologi digital dikatakan sebagai "digital dinasour"

Hmmmm..macam-macam

Bagaimana pula dari segi pendidikan,

Fakta:  Pada tahun 2008 di Amerika, 1/4 pelajar lepasan sekolah menengah meneruskan pengajian peringkat diploma/ijazah secara online.  Pada tahun 2009, trend ini meningkat ke 44%.  Bagaimana pula dengan negara kita?

Sekiranya pengajian universiti sudah mula di"oninekan, slowly but surely, pengajian di sekolah juga akan menuju destinasi yang sama.

Apa implikasinya, kita suka atau tidak dunia digital telah datang dan sedang melanda serta akan terus melanda masyarakat kita. Apakah anda bersedia ? Atas sebab itulah wujudnya pembelajaran secara "e" menggunakan screen untuk native digital masakini.

Adakah anda dan anak anda bersedia???